TENTANG DIRI
Nama di beri Noor Aini Binti Abdul Aziz. Lahir pada 26 Mei 1987. Berasal dari Negeri Kelantan. Di lahirkan di kampung Patek Kadok. Anak kelima daripada 6 orang adik beradik. Mula-mula mendapat pendidikan awal di Tadika Kemas Kubang Kiat dan selepas itu meneruskan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Kubang Kiat dari Darjah 1 hingga 2. Selepas itu, saya mengikut keluarga berpindah ke Negeri Selangor kerana atas urusan kerja dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Salak Tinggi dari darjah 3 hingga 4. Kemudian saya pulang semula ke Negeri Kelantan dan menyambung semula persekolahan di Sekolah Kebangsaan Kubang Kiat sehingga darjah 6. Selepas itu, mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kadok dari tingkatan 1 hingga 5.Selepas itu, saya mengambil STPM di Sekolah Menengah Kebagsaan Ketereh.Kini, saya melanjutkan pelajaran saya lagi di Universiti Putra Malaysia dalam Program Bacelor Sastera (Kesusasteraan Melayu) dan sekarang berada pada tahun akhir pengajian.